THE UNSPINNERS
Senang saja cerita, tiada siapa akan dapat projek di Pulau Pinang melainkan mereka kow tow pada Lim Guan Eng dan menyumbang pada dana pilihanraya DAP.
Ada satu sumber maklumat peringkat tinggi memberitahu bahawa pengambilan 30% kepentingan dalam E&O oleh Sime Darby dari pemegang saham yang ada adalah satu usaha membina dana modal untuk pilihanraya bagi DAP dan PAS.
Untuk menjayakan projek ini, E&O berjaya temberang Sime Darby yang Pengerusinya adalah haiwan politik Tun Musa Hitam dan CEO baru yang agak naif dalam permainan korporat, Dato Bakke Salleh.
Hairan kami ... apa Penasihat hebat, lagi pandai dan cerdik, super genius bernama Ong Rasputin buat? Tak kan dia tak boleh nampak perkara ini akan menjejaskan partinya?
Anak Cina yang tidak ada sedikit darah Melayu, tiada sedikit pun jiwa Melayu itu adalah ahli UMNO dan Bendahari UMNO Bahagian Gelang Patah. Kenapa dia tidak siasat dan nasihat Perdana Menteri akan kegiatan GLC di bawah pemantauannya?