Negara Ku
Lamiafamilia @KEMPEN SSS
Lamiafamilia @KEMPEN SSS
Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara. Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah tersebut.
Sempena Bulan Kemerdekaan ini saya ingin menyeru seluruh rakyat
Malaysia agar cintailah negara ini. Jagalah negara kita ini sebaik
mungkin kerana sekali kita kehilangan negara, kita tidak akan dapat
kembali lagi.
Janganlah disebabkan politik kita sanggup merosakkan negara sendiri,
politik seperti ini adalah politik kotor yang menghancurkan rakyat dan
negara.