COKAM
Lagi satu yang aku fikir pelik sedikit ialah pemberian one off RM500.00
kepada keluarga yang berpendapatan isirumah rendah daripada RM3,000.00.
Kerajaan kata ejen perlaksana ialah LHDN. Aku pun terbayangkan keluarga
aku dikampung yang kerja petani dan nelayan. Dah sah mereka mempunyai
pendapatan rendah daripada RM3,000.00 sebulan. Masalahnya macamana
mereka nak berurusan dengan pihak LHDN kerana mereka tidak mempunyai
majikan. LHDN ni setahu aku hanya untuk mereka yang bekerja dengan
kerajaan, swasta ataupun mereka yang mendaftar perniagaan mereka.
Harap-harap kerajaan bijak untuk menangani massalah ini. Memang kerajaan
bijak, kalau tidak bijak, adalah lebih baik tidak menjadi kerajaan.
Rakyat tidak mahu pemimpin kerajaan yang bodoh dan dungu, buat
menyusahkan sahaja.
Secara jujur aku boleh katakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada
bajet 2012 ini. Namun demikian sebagai penyokong kerajaan, aku
mengharapkan mereka sentiasa memikirkan rakyat melebihi keperluan mereka
sendiri. Mereka memikirkan bagaimana nak mengisi tembolok rakyat
sebelum memikirkan bagaimana nak mengisi tembolok sendiri. Jika ini yang
menjadi falsafah mereka, barulah konsep 1Malaysia itu dapat dihayati
iaitu, "rakyat didahulukan".

