Link Exchange

Sekiranya anda menyenaraikan blog ...LISTED!!! dan/atau VOICES AROUND di blog anda, tetapi blog anda tidak tersenarai di dalam "Honour List" di bawah ini, mohon tinggalkan mesej di VOICES AROUND


Terima kasih!!


Saturday, October 22, 2011

Pembangkang Yang Terkenal dengan "Double Standard"nya




Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ... tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

... tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.


Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...LISTED !!!

Demi Negara - Recent Comments

D' L I S T E D ! ! !

This List

The Other List

In List