Link Exchange

Sekiranya anda menyenaraikan blog ...LISTED!!! dan/atau VOICES AROUND di blog anda, tetapi blog anda tidak tersenarai di dalam "Honour List" di bawah ini, mohon tinggalkan mesej di VOICES AROUND


Terima kasih!!


Friday, October 21, 2011

"Biadap" atau "Kurang Ajar" mencerminkan tidak berakal walaupun berilmu


moklan @PANEH MIANG
 
 
Perlu diingatkan, Tun Mahathir pada masa itu perlu membentangkan rang undang-undang pindaan Perlembagaan demi untuk "melindungi rakyat" selepas berlakunya insiden seorang anak raja memukul rakyat selepas perlawanan hoki. Sebelum pindaan tersebut, semua tindakan raja dan anak raja tidak boleh dipertikaikan walaupun tindakan-tindakan tersebut adalah suatu tindakan jenayah. Pindaan tersebut membawa semula erti Raja Berperlembagaan yang mana Raja juga tertakluk kepada Perlembagaan. Kekebalan Raja masih dikekalkan sekiranya baginda Raja menjalankan tugas dan peranannya selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang. Namun Raja tidak terkecuali sekiranya apa yang dilakukan bersalahan dengan undang-undang atau kesalahan jenayah.  
 
 
Walaupun ada pihak pada masa itu mengatakan bahawa Tun Mahathir menderhaka kepada Raja, namun Tun bercakap dalam Parlimen dan tindakannya adalah sah menurut keistimewaan Parlimen (Parliamentary privilege) yang dijamin oleh Perlembagaan. Pada masa itu, rang undang-undang pindaan tersebut telah diluluskan secara sebulat suara oleh Parlimen (termasuk Ahli Parlimen Pas dan DAP). Hanya setelah pindaan tersebut diluluskan, barulah Tun Mahathir mengadakan beberapa sesi penerangan bagi menjelaskan kepada rakyat mengapa pindaan tersebut perlu dibuat. Persoalannya, adakah itu yang dikatakan biadap? Ketika kenyataan kali pertama, ianya dibuat dengan jaminan Perlembagaan dan tidak menyalahi undang-undang. Keduanya, kenyataan Tun Mahathir dalam sesi penerangan di buat setelah pindaan tersebut diterima. Tun hanya menjelaskan kepada rakyat apa yang telah tersurat.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...LISTED !!!

Demi Negara - Recent Comments

D' L I S T E D ! ! !

This List

The Other List

In List