PENGHUNI GUA
PG naik rimas dengan " pembeharuan yang dilakukan oleh PM sejak dua tiga hari ini. Mula-mula juga mangkok Namawee kemudian hapus ISA dan nak kaji pulak akta mesin cetak. Semalam hapuskan akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
Ada kami untung apa-apa? Tiada. Sakit hati dan bimbang adalah. Ada ke , PM dan kerajaan pernah dengar keluhan kebimbangan kami di luar ini selama ini. Nampak gayanya PM dan kerajaan hanya melakukan dasar popular sahaja dan dilihat mengikut arus serta tarian pembangkang. Kami tak bangga langsung. Yang paling selekeh ialah apabila PM jumpa sikeparat Namawee rasis tu. Apa kejadahnya nak jumpa mangkok ini? Ada ke kerajaan dapat untung darinya?