ONDASTREET
Mungkin untuk saudara, dunia hiburan penuh maksiat kerana saudara sendiri terlibat. Akan tetapi, saya berpendapat tidak semuanya bergelumang dengan maksiat. Terpulang kepada diri artis dan mereka yang terlibat dalam dunia hiburan untuk memilih jalan masing-masing. Jika ya dunia hiburan itu penuh maksiat, saya tidak boleh bayangkan artis seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Maher Zain itu melakukan perbuatan maksiat sebagaimana anda melakukan maksiat satu ketika dahulu. Berlaku adillah dalam memberikan pendapat. Jangan salahkan dunia itu, tetapi salahkan diri sendiri.
Seterusnya, berkenaan dengan isu ini, saya berpendapat tidak perlulah saudara memberi reaksi sebegini. Tindakan anda ketika ini tidak jauh beza sepertimana anda berada dalam dunia hiburan dahulu. Anda memberi reaksi seolah-olah anda diterjah dalam rancangan Melodi atau ditemuramah oleh Azwan Ali.