BIG DOG
Tiga setengah tahun lepas semasa mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau
Pinang dari Barisan Nasional, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
mengumumkan bahawa mana mana politikus Pembangkang akan dihalang untuk
diluluskan mana mana permohonan tanah. Ini bertujuan menunjukan mereka
tidak mahu wakil rakyat mereka dilihat sebagai menyalah gunakan
kedudukan, semata mata untuk diberikan permohonan tanah dari Kerajaan
Negeri.
(ADUN Padang Lalang Michal Tan Cheong Heng) |
Isu terkini melibatkan Tan Hong Cheng tidak sebagaimana yang sebenar.
Beliau bersama saudara kandung iaitu ADUN DAP bagi Padang Lalang YB Tan
Chong Heong terlibat dalam permohonan sebidang tanah 1.1 hektar di
Jalan Song Bang Kheng di Bukit Mertajam dan telah mendapat kelulusan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.