Ahmad Jauhari pengarah urusan baharu MAS
14/09/2011 8:31pm
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Malaysian Airline System Bhd melantik veteran
korporat, Ahmad Jauhari Yahya, sebagai Pengarah Urusannya, berkuat
kuasa 19 September.
Mohammed Rashdan Mohd. Yusof akan kekal sebagai Pengarah Eksekutif
melaporkan kepada Pengarah Urusan, kata syarikat penerbangan nasional
itu dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini.