Zaini Hassan @SUARA PERKASA
Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada
satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang
diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.
Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘…anda fikirkanlah
bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh
diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak
pembangkang?
Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?