Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad. Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. (Dan juga):-
- menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat
- mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.
- menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal dapat membuat agihan adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya
- mencadangkan supaya agensi kerajaan membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan-kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan juga mendesak kerajaan menambah pegawai agama di semua sektor