A.P.A.
Kalau boleh aku gunakan bahasa yang lebih mudah, apa yang kita ada hari ini adalah "THE BEST AMONG THE WORST" bila
bercakap tentang kepimpinan Umno yang ada hari ini. Jadi soal nak tukar
kerajaan dan kepimpinan yang ada hari ini untuk sesuatu yang dah tentu "WORST OF THE WORST" dikalangan pemimpin Pas, PKR dan DAP adalah sesuatu tindakan kamikaze oleh orang Melayu terhadap bangsa mereka sendiri.
Mereka lupa yang mereka adalah mereka hari ini hasil perjuangan Umno dari dahulu sehingga hari ini. Bukan perjuangan Pas, bukan perjuangan PKR dan jauh sekali perjuangan komunis DAP. Tapi hanya kerana marahkan nyamuk "Kelambu Melayu" mahu mereka bakar, bukan mahu berusaha membunuh dan menyahkan "nyamuk nyamuk Umno" ini.
Jawaplah dengan hati yang iklas wahai Melayu, apakah ini semuanya mustahil mereka lakukan? Jika tidak mustahil dan berjaya dilakukan, adakah bangsa Melayu boleh kembali memerintah? Lupakan lah...kerana "fixed deposit" baru yang akan mereka wujudkan tidak mampu dirampas oleh Melayu melalui Umno dan Barisan Nasional. Bahkan jika Barisan Nasional bersatu dengan Pas dan PKR sekalipun untuk merampas kuasa dari tangan mereka..ianya MUSTAHIL dilakukan.