"20 Straight A" tetapi "I am Chinese" - layakkah terima biasiswa kerajaan?
kerajaan hanya menghabiskan duit rakyat membayar yuran pengajian mereka, kerana mereka bukan mahu kembali berbakti kepada rakyat tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak patut untuk diberikan biasiswa kerajaan walaupun secemerlang manapun mereka.
Penerima biasiswa harus sedar yang mereka telah berhutang budi dengan kerajaan dan menjadi tanggungjawab mereka apabila pulang ke tanah air untuk kembali menabur jasa kepada masyarakat. Jangan seperti kacang yang lupakan jasa kulit. Orang yang tidak tahu erti menghargai dan tidak tahu berterima kasih tidak perlu diberikan biasiswa. Mereka hanya liabiliti rakyat bukannya mendatangkan keuntungan kepada bangsa dan negara.