Di zaman Paklah sebagai Perdana Menteri, setiap level pasukan Paklah akan bersuara dalam hampir ke semua isu-isu utama negara. Tak kiralah menteri ke, timbalan menteri ke, setiausaha parlimen ke, jusa ke, ketua pengarah ke, pengarah ke, etc. akan beri ulasan atas apa jua isu, dan komen mereka itu turut mendapat liputan meluas media.
Selepas 7 hari, barulah Paklah akan buat rumusan (macam fasilitator). Itupun apabila isu tersebut sudah tidak relevan dan basi. Itulah model kebebasan bersuara yang menjadi teras pentadbiran Paklah suatu ketika dulu. Musibahnya dipikul oleh kita semua hari ini terutamanya bangsa Melayu yang menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru.
Kini di zaman Najib, trend yang sama masih lagi berlaku. Cuma bezanya hanya diperingkat menteri sahaja yang dibenarkan bersuara.