Ridhuan Tee @KEMPEN SSS
Lumrahnya, nama bangsa ini akan menjadi
identiti atau nama negaranya. Misalnya, bangsa Cina menjadi negara
China, bangsa India, negara India, bangsa Arab menjadi negara Arab,
bangsa Melayu menjadi Tanah Melayu (Malaysia) dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, sudah pastilah identiti bangsa ini seperti bahasanya akan menjadi identiti utama atau bahasa negara. Justeru, saya amat kagum dengan polisi
bahasa di negara seperti Perancis, China, dan negara-negara lain di
dunia ini. Dasar mereka adalah satu bahasa, satu bangsa, satu negara. Malangnya,
ia tidak berlaku di negara ini. Mendengar sahaja lagu tema 1Malaysia,
tertanya-tanya saya adakah kita sebenarnya mengamalkan kita satu bangsa,
kita satu negara, kita satu matlamat?