HIDUP TUAH!
Jangan salahkan beliau. Janganlah pula marah beliau. Itu adalah hak demokrasi beliau yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
Jika beliau menimbang dan memutuskan untuk menyokong PR kerana berdasarkan keuntungan besar yang bakal diperolehi oleh kaumnya maka apakah pula asas orang Melayu/Bumi memilih PR? Adakah bangsa Melayu juga lebih beruntung jika berada di bawah PR berbanding di bawah BN? Atau lebih rugi?
Orang Melayu janganlah terus menjadi Pak Kadok – menang sorak, kampong tergadai. Terus berperangai seperti Luncai yang terjun dengan labu-labunya atau masih suka mendengar cakap enggang, makan buah belolok; dengar cakap orang, terjun masuk lobok!
Fikirkanlah baik-baik demi survival bangsa.