CHE DET
Agama
Islam di Malaysia sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya
sudah menjadi luntur kerana Islam diperalatkan untuk kepentingan politik
duniawi. Orang Melayu yang bahagia kerana bangsa mereka dikait secara
langsung dengan agama Islam, sudah hilang nikmat yang datang dari
ikatan ini. Hasilnya ialah perpecahan, kelemahan dan kehinaan.
Hasilnya ialah mereka menjadi pengemis di negara sendiri, pengemis yang
meminta-minta sokongan dari orang lain. Mereka yang mengemis tetap akan
menjadi orang suruhan kepada yang membantu mereka.