PANEH MIANG
Pembangkang menyerang Shahrizat dan keluarganya secara peribadi, TAPI mengapa Shahrizat mahu melibatkan UMNO? "Don't take Wanita UMNO for granted", kata Shahrizat. Apa motif Shahrizat? Nak bawak Wanita UMNO karam sekali dengan masalah keluarga dia ke? Adakah MT UMNO bersetuju untuk dibabitkan sekali dalam kemelut peribadi Shahrizat?
Bab KJ dan Pemuda UMNO yang turut berhabisan mempertahankan Shahrizat, kami malas nak sentuh. Kalau kami nak bongkar boleh saja akan sebab sebenar mengapa KJ kelihatan bersungguh mempertahankan NFC. Tapi nanti pembangkang dapat C4 pulak untuk bom semula kerajaan. Kalau ada dikalangan pemuda UMNO yang nak terjun gaung sekali dengan KJ, biarkanlah. Lagipun sejak KJ menerajui kepimpinan Pemuda UMNO, kami langsung hilang hormat kepada Pergerakan Pemuda. Bagi kami Pemuda UMNO hari ini tak ubah macam pondan pencen yang diketawakan gay tua.