PEMERHATI SEMPOI
Paling menarik ialah apabila perjuangan UMNO
untuk memartabatkan Melayu dan Islam di dalam sebuah negara yang
perlembagaannya memang memberikan kedudukan istimewa kepada
Melayu-Bumiputera dan Islam sebagai RASIS.
Sedangkan DAP yang terang-terang mengamalkan RASIS menerusi proses
pembersihan etnik di Pulau Pinang, mematikan sama sekali
kegiatan-kegiatan ekonomi Melayu-Bumiputera seperti yang dilakukan di
Selangor dan Pulau Pinang, mengecilkan kuasa mengundi menerusi
pemindahan penempatan dan pembukaan kawasan hartanah mahal di
tengah-tengah kawasan Melayu-Bumiputera dan sebagainya, tidak pula
dikatakan sebagai RASIS. Malah itu dianggap sebagai keterbukaan dan
kesamarataan.
Ketakutan orang Melayu, khususnya para pemimpin UMNO dan PAS tentang RASIS itu sebenarnya yang menyebabkan Nga Kor Ming dan pemimpin-pemimpin DAP semakin keterlaluan. Takutnya orang Melayu apabila dilabelkan sebagai ASSOBIYAH atau RASIS mendorong pihak lain seperti
Nga Kor Ming mempergunakan istilah itu untuk mereka sendiri bersikap
RASIS dan menabur kebencian melampau terhadap Melayu-Bumiputera dan
terutama sekali Islam.