PANEH MIANG
Apa yang gagal disedari perwakilan; hakikatnya rakyat dan ahli UMNO akar
umbi yang sedang dok perati kat bawah ni dah sampai tahap gaban muntah
terbelahak mendengar segala tok nenek ucapan pujian melangit para
perwakilan pada kepimpinan UMNO.
Tak payahlah dengar kata-kata bahalol daripada mereka yang menasihat
kononnya perwakilan perlu berhati-hati agar tidak mengguris hati bukan
Melayu semasa berucap. Apa...ingat bukan Melayu peduli sangat ka pasal
Melayu? Mereka lagi teruk hentam Melayu, bukan setakat dalam perhimpunan
parti mereka saja, bahkan segala instrumen media mereka gunakan untuk
hasut kaum mereka membenci Melayu. Presiden parti komponen BN pun
tersangatlah terbukanya mengkritik Melayu. Lagi kita nak bagi muka ka?
Bangang sungguh si pemberi nasihat yang suruh jaga hati bukan Melayu tu.
Hati bangsa sendiri tak nak jaga, sibuk nak jaga hati kaum lain.