Rapera @KEMPEN SSS
Hari ini ramai bangga dengan adanya berpuluh-puluh universiti yang tumbuh bagai lalang yang tidak terjaga dan kehadiran hampir 2000 professor-professor dalam negara tercinta ini. Memandangkan kita mengagungkan dan memartabatkan kejahilan, maka tidak pernahlah kita tanya apakah sumbangan professor-professor ini kepada perkembangan ilmu dan masyarakat? Berapa banyakkah buku-buku ilmiah yang telah diterbitkan oleh cendawan-cendawan ini? Apakah teori atau falsafah yang telah mereka “profess” dalam kerjaya mereka sehingga layak digelar professor? Hari ini, professor adalah jawatan bukanya melambangkan keupayaan pemikiran.