HELEN ANG
Semalam, iaitu sebelum Guan Eng memulakan taklimatnya kepada kira-kira
30 ahli FCC – ramai juga di antara mereka adalah orang putih - dia
telah memberi izin untuk kata-katanya dipetik kerana dia yakin media
antarabangsa akan menjalankan tugas secara profesional.
Apabila saya memperkenalkan diri sebagai ‘Helen’, Guan Eng dengan cepat dapat mencam saya.
Sebelum saya bertanyakan soalan, Guan Eng telah memberi kebenaran kepada
para wartawan memetik kata-katanya. Namun selepas dia mengetahui
identiti saya, dia serta-merta menarik balik izin yang diberikannya tadi
kepada wartawan
Sebagai seorang bekas wartawan, tidak mahu tidak saya terpaksa akur kepada resmi “off the record”.
Jadi saya tidak akan memblog tentang taklimat serta soal-jawab semalam. Pandai-pandailah kalian sendiri menelah.
Jadi saya tidak akan memblog tentang taklimat serta soal-jawab semalam. Pandai-pandailah kalian sendiri menelah.