GELOMBANG RAKYAT
Haaa... Sekarang Agen Psywar Pembangkang sudah mulakan Gerakan Tawan Malaysia PRU13. Mukadimah serangan nampaknya agak panas. Mereka sudah mula menyebarkan maklumat PM Najib Tun Razak mengumumkan Penghapusan Kuota Melayu 30% yang sebelum ini menjadi impian DAP apabila menawan Negara. Ramai masyarakat terpengaruh dengan sebaran maklumat berkenaan dan ianya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persepsi kepimpinan Najib. Syabas Pakatan. Serangan Mukadimah anda berjaya.
''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota,
peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk
bersaing dengan orang lain. Dalam kata lain, ia akan menjadikan
masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati. Tapi, saya
tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan. Ianya kekal. Saya
masih waras dan mahu Bangsa saya berjaya. Tapi terlalu bergantung kepada
kuota semata2 menyebabkan Bangsa kita semakin malas." Najib menjawab.