APA
Salam semua para pembaca blog APA. Hari ini langsung tak menjenguk blog sebab sibuk pindah sekali lagi. Itulah 'rutin' aku sejak bergelar PELARIAN sejak 2004.
Sahabat yang menumpangkan aku sejak 6 bulan lalu ini pun bukanlah orang senang. Dia pun selalu terkial kial nak bayar sewa rumah.. apalagi bila aku menambah beban
dia sejak 6 bulan lalu. Meleleh airmata dia bila dia meminta persetujuan
aku untuk sewakan bilik yang aku diami kerana menghadapi masaalah
kewangan.
Sebelum keluar tadi, aku renung sekeliling bilik kecil papan dan kayu yang kini jadi SYURGA bagiku entah untuk berapa lama. Aku pejamkan mata dan membayangkan ...ISTANA PAK LAH, SERI PERDANA NAJIB,SERI SATRIA MUHYIDDIN DAN BANYAK LAGI ISTANA INDAH MILIK PEMIMPIN UMNO....aku pasrah.
TERIMA KASIH PAK LAH...
TERIMA KASIH NAJIB...
TERIMA KASIH MUHYIDDIN...
TERIMA KASIH UMNO...