Flying Kick @THE UNSPINNERS
Kicap Cap Kipas Udang merupakan keluaran Bumiputera. Manakala Kicap Cap
Po Po pula adalah keluaran bukan Bumiputera. Satu lagi kicap yang
menjadi mangsa rasis, adalah Jalen yang enggan diedarkan oleh pemborong
dan orang tengah yang menguasai pengedaran peruncitan. Kicap-kicap
keluargan Bumiputera merupakan antara produk cetak rompak yang paling
hebat di pasaran runcit!
DAP dan Pakatan Rakyat sudah lama memperkatakan tentang kenaikan harga
barangan yang masih tidak berjaya dikawal oleh kerajaan. Menyedari
bahawa golongan pembekal, pemborong dan orang tengah merupakan pemberi
dana, seperti juga pemaju perumahan, DAP dan Pakatan Rakyat membuat
tohmahan kononnya Barisan Nasional yang menaikkan harga barangan dan
perkhidmatan, walaupun hakikatnya mereka yang mendapat dana yang
berlebihan untuk pilihanraya kesan daripada kenaikan harga yang tidak
berjaya dikekang.