A KADIR JASIN
Mereka menyusur
akar atau bersembunyi di belakang batu sambil menyamar dan mengintip untuk
mengetahui keadaan sebenar hidup rakyat jelata.
Mereka tidak
duduk dalam rumah buat kira-kira manakala suri dalam dapur makan roti gula.
Mereka tidak duduk di atas takhta kayangan bagi mendengar cerita-cerita gembira
atau hasut fitnah Si Kitol sahaja.
Mengenai stail
rambut yang Hanezam sebutkan, saya tidak mahu ulas. Itu cita rasa
masing-masing.
Jadi kita
pilihlah stail rambut yang kita suka selagi ada rambut di kepala. Macam-macam stail ada.
Masa saya mula-mula beruban, saya cabut uban. Sekarang, bila dah beruban, saya
cabut pula rambut hitam yang tumbuh sehelai dua, sekali sekala.