KEMBARA POLITIK
....berdasarkan reaksi akar umbi UMNO, mereka sangat tidak senang dengan
tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini. Rata-rata mereka
kecewa dan marah. Malahan sudah ada bayang-bayang bahawa mereka ini
tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU13 kelak.
Tidak salah sekiranya Dato' Sri sekadar memberi komen bahawa Dato' Sri
memberi sokongan ke atas sebarang individu yang menyokong Gagasan
1Malaysia, tetapi Dato' Sri sama sekali menolak individu yang bersikap
biadap seperti mencarut, menghina Lagu Kebangsaan, dan lebih-lebih lagi
menghina azan dan bersikap perkauman yang tentunya berlawanan benar
dengan hasrat Gagasan 1Malaysia itu sendiri.