ANTI JUMUD
Inikah standard Wakil Rakyat yang dipilih untuk mewakili rakyat bagi
membawa usul dan membahaskan perkara-perkara yang memberi manfaat dan
faedah kepada rakyat. Sejak dulu hingga sekarang mentaliti Wakil Rakyat
masih ditakuk lama asyik berdebat dengan cara melatah dan langsung tidak
membawa sebarang faedah kepada rakyat.
Adakah ini standard wakil rakyat yang dipilih untuk berjuang mendapatkan
hak rakyat?. Tindakan speaker itu perlu dilihat dari sudut yang positif
kerana dewan merupakan medan untuk berbahas perkara-perkara yang
mendatangkan faedah kepada rakyat. Bukannya tempat berbalah sesama
sendiri mengenai isu remeh temeh.