SAKMONGKOL AK47
Lagi
segera Dato Najib faham dan sedar bahawa idea 1 Malaysia nya adalah
suatu non-starter lagi baik. Baik kita cari other workable initiatives.
Rakyat tahu 1 Malaysia adalah suatu ilusi untuk mengkhayalkan rakyat
bahawa negara ini di bangunkan oleh perpaduan antara semua kelompok
dalam Malaysia. Semua orang suka dengar bahawa tidak ada siapa yang akan
tercicir dan tertinggal diatas gerabak lokomatif yang bergelar 1
Malaysia. Berikan candu dan madat kepada rakyat supaya mereka khayal
untuk memberi laluan seluas mungkin kepada golongan yang benar2
memerintah dan menentukan perjalanan negara ini terus berkuasa. Siapa
mereka? Yang berkuasa dan golongan perkasa ekonomi.
Jadi apa dia ETP atau Economic Transformation Plan?
Saya mesti sebut
sedikit mengenai gabungan antara MAS dengan Air Asia ini. Kepada saya,
deal MAS-AA ini di rencanakan oleh Khazanah, CIMB dan Air Asia. CIMB
jadi broker atau dalam sebutan CEO nya, sebagai mak andam sahaja. Saya
ibaratkan peranan CIMB sebagai Haman moden. Pada zaman nabi Musa AS,
Haman jadi broker kepada Firaun sahaja. Dalam zaman moden serta sains
dan teknocoli ini, Haman jadi broker untuk kedua dua Musa dan Firaun.
Dasyat Haman moden.