Tok Jen @PISAU
ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga sama. Semasa menyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja. Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar. Walaupun intipati ucapannya tidak diketahui, apa yang nyata ucapan tersebut sudah tentunya menyentuh isu-isu menarik perhatian hadirin atau isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka.
Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula, respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasa sahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam stadium tertutup itu mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna.
Boleh dikatakan rata-rata reaksi dari kalangan pegawai-pegawai kanan persekutuan terbabit melahirkan rasa kesal mereka di mana majlis yang sepatutnya menjadi medan untuk mengiktiraf pencapaian golongan pelajar telah dijadikan flatform untuk memalukan seorang menteri dan kerajaan pusat. Mereka juga sependapat bahawa sepatutnya DS Utama Dr Rais Yatim tidak perlu memenuhi undangan tersebut. Ada juga yang merungut berhubung dengan bantuan kerajaan sebanyak RM15 juta kepada sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang di mana ianya tidak sepatutnya diberikan. Menurut mereka lagi, tanpa bantuan kerajaan pusat pun sekolah-sekolah Cina boleh bergerak dengan sendirinya kerana sekolah-sekolah Cina berkenaan mampu memperolehi dana bantuan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan kaum Cina sendiri.