AZLI SHUKRI TODAY
Tahniah Tan Sri Muhyiddin! Tuan akan mendapat sokongan saya sepenuhnya! Inilah kenyataan yang sangat kita nanti-nantikan - ketegasan, keyakinan dan arahan yang jelas demi kelangsungan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.
VOICES AROUND
Satu berita yang amat positif dari Kerajaan dalam usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu, bahasa Kebangsaan negara MALAYsia. Semoga kita bergerak maju ke arah "SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA"
ANTI HIPOKRIT
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu.
(Ini barulah JANTAN sejati...) |
“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan,” katanya. Katanya, Malaysia wajar mencontohi sikap beberapa negara maju dan sedang berkembang maju yang tidak meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing, meskipun masih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.
ULASAN:
Lepas ni apek yang tak faham isi borang dalam BAHASA MELAYU kena pergi kursus bahasa. NAJIB boleh sponsor. Dalam hari yang sama si Najib ni pergi merasmikan majlis pecah tanah di Melaka untuk Han higher Education. Yang duduk di depan Najib itu semuanya RAKYAT MALAYSIA dan hanya beberapa kerat sahaja rakyat negara lain.