SEL13.com
Dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 23 September 2011, Kerajaan
Negeri Selangor telah meluluskan beberapa permohonan tapak tanah untuk
pembinaan SJK (C), SMJK (C), Sekolah Rendah Agama (SAR), Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Katolik (SMJK) dan Sekolah Autisme.
Menariknya, Sekolah Jenis Menengah Kebangsaan Katholik (SJMK) telah
diluluskan sebidang tanah berkeluasan 6.38 hektar di Taman Tasik Prima,
Puchong. Dan ironinya, pemberian tanah tersebut sebagai tanda PERMOHONAN
MAAF KERAJAAN NEGERI di atas tindakan pemeriksaan yang dilakukan oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Dream Centre di mana Gereja
Methodist Damansara Utama menganjurkan ‘Thanksgiving Annual Dinner’
pada 3 Ogos 2011.