Suara Perkasa @KEMPEN SSS
Chua dan para pemimpin MCA tahu dan sedar bahawa silibus UEC adalah sama sekali berbeza dengan Dasar Pelajaran Negara dan tidak mengikut arus perdana pendidikan yang menjurus kepada pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dalam semangat setiakawan yang tinggi berdasarkan kepada realiti sejarah bangsa Malaysia.
PERKASA meminta kerajaan supaya tidak membuka ruang untuk tunduk kepada
sebarang tuntutan yang tidak berpijak di bumi dan menjunjung langit.