GELOMBANG RAKYAT
Hubungan propaganda Pakatan dilihat semakin bercelaru setelah PKR dan DAP Johor bercakaran dan ugut mengugut dalam merebut kerusi DUN dan Parlimen masing2 di Negeri tersebut. DAP Johor telah mendesak agar beberapa kerusi yang berpotensi menang diberikan kepada parti tersebut yang lebih senior berbanding PKR Negeri yang anggotanya sendiri bukan terdiri daripada penduduk tempatan malahan Negeri Johor sendiri. Namun kedegilan PKR Negeri menyebabkan DAP terpaksa bertindak di luar batasan dengan membuat ugutan akan membongkar 1 pendedahan yang mengejutkan.