MISTISFILES
Apa
yang ingin saya sampaikan kepada anda semua ialah,jangan
memutarbelitkan sejarah secara merbahaya.Maksud saya ialah
mengeksploitasikan sejarah untuk mencapai maksud tertentu sehingga orang
lain mengambil kesempatan untuk bersama-sama mengeksploitasikan sejarah
kita sampai kita dihalau keluar dari bumi sendiri.
Motif saya yang sebenar ialah, tolong hentikan provokasi terhadap UMNO. Apa yang MESTI dilakukan oleh Pas sebenarnya ialah mengajak UMNO kepada Islam secara kasih sayang.
Siapa yang peduli dengan polis Melayu yang mati ditembak dan anak isteri
mereka yang menjerit-jerit kepanasan dibakar hidup-hidup? Siapa yang
peduli? Orang bukan Islam tidak peduli. Amerika? Israel? Rusia? China? Ada
mereka kesah?
Komunis? Adakah mereka rasa simpati apabila melihat seorang budak Melayu meronta-ronta kepanasan dibakar dalam berek keluarga? Ada mereka peduli? Saya tak kondem PAS atau UMNO tapi ada anda peduli semua ini?

Mengapa perlu bergaduh sesama sendiri dengan cara merendah-rendahkan sejarah sendiri dan mengkondem bangsa sendiri? Ini bodoh namanya.