RMF7
Umno sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam Umno sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Tindakan tindakan yang dilakukan oleh para menteri-menterinya telah menunjukkan “Signal” kepada kita bahawa terdapat komplot didalam UMNO sendiri yang menyerang dari dalam untuk menjatuhkan UMNO sendiri. Kini kerakusan tersebut sudah tidak dapat di sembunyikan lagi. Perkara ini juga dapat dilihat dengan jelas dengan tindakan Pemuda UMNO menyertai BERSIH 2 baru baru ini- banyak dikalangan pro kerajaan mempertikaikan tindakan ini seolah olah memberikan “peluru ” kepada pembangkang untuk menembak UMNO sendiri. “peluru” yang dibekalkan oleh orang nkuat UMNO untuk membunuh UMNO.