RIDHUAN TEE
Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu
komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai
untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula
isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat
diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus.
Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian.