BADUT RAKYAT
Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada
sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.Adalah salah bagi banyak
orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia
khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun.
"Tanah Melayu adalah negara naungan (protectorate) yang diiktiraf
kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah
termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).Negeri-negeri
Melayu (Bersekutu - FMS - atau Tidak Bersekutu - UFMS) tidak pernah
menjadi colony atau tanah jajahan British.
"Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura) walaupun kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)."