APA
Paling malang dalam kekeliruan ini adalah Tok Him Presiden Perkasa.Segala
usaha dan laungan Tok Him dan ahli ahli Perkasa selama ini nampak macam
sia sia sahaja.Setelah apa yang diumumkan PM semalam segala perjuangan
Perkasa selama dilihat tidak lebih dari retorik retorik kosong yang sudah tidak lagi relevan.
Setelah hilang hampir 40% sokongan selepas tidak turun berjuang
digelanggang Bershit 2.0 tempohari,hari ini satu lagi tamparan bila apa
yang diperjuangkan Perkasa dimansuhkan Najib.Tiada lagi tuntutan untuk mengISAkan orang itu dan ini... tiada lagi perjuangan
untuk menyedarkan orang Melayu tentang erti kemerdekaan, bila
kemerdekaan itu sendiri sudah tidak pasti patut wujud atau tidak.. perjuangan membela HAK ORANG MELAYU pun dah jadi samar samar bila orang Melayu sendiri sanggup menyerahkan HAK mereka untuk dikongsikan.