VOICES AROUND
Adakah anda SATU BAHASA untuk bersama-sama dengan warga negara yang
lain? Adakah anda bersemangat SATU NEGARA apabila anda lebih
memperingati Dr Sun Yat Sen di Pulau Pinang instead of Rosli Dhobi?
Adakah anda SATU BANGSA dengan warga negara ini apabila anda pada
hakikatnya menolak serbi serbi berkaitan dengan "MALAY" yang menjadi
teras/tunjang kepada "MALAYsia"? Jangan sepantas itu mengeluh
"Aku lahir di sini, tapi mereka masih menggelar aku sebagai PENDATANG".
Tanyalah diri anda sendiri dahulu kerana tindak-tannduk anda sendiri
yang melabelkan diri anda sebagai "PENDATANG", bukannya orang lain!
MALAYsia lebih lembut dari Thailand ataupun Indonesia kerana tidak memerlukan nama anda ditukar kepada Thaksin Shinawatra/Yinluck Shinawatra ataupun Rudy Hartono, Alan Budi Kusuma dan Susi Susanti.
Lihat sajalah Thaksin dan adiknya, hanya ORANG THAI sahaja dipilih
menjadi Perdana Menteri THAILAND bukannya ORANG CINA! Masih tidak faham
lagikah anda? Masih kekal mahu beridentitikan PENDATANG?