SANUSI JUNID
Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sikap Dr. Koh apabila berkuasa adalah
berbeza dengan sikapnya sebagai setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu.
Tanah di Waterfall Garden masih
terbiar hingga hari ini dan Dr. Koh Tsu Koon dikatakan adalah punca
kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Saya yakin dakwaan ini
banyak benarnya. Ahli-ahli MAYC tidak faham kenapa 'lease' tanah ini
tidak dapat diperpanjangkan sedangkan tanah ini terbiar begitu sahaja
dan tidak dipakai sebagaimana yang maklumkan.
Sebabnya ialah ahli-ahli UMNO di situ benci pada Pak Mat Kudong tetapi
tidak sanggup untuk menentangnya dalam pemilihan UMNO. Katanya mereka
'segan' dengan Pak Mat Kudong. Ahli-ahli UMNO mengharapkan supaya pihak
ibu-pejabat UMNO dapat melihat phenomena ini dan bertindak untuk
memperbaikinya. Untuk beberapa kali pilihanraya ahli-ahli UMNO di situ
telah membuat undi protes terhadap Pak Mat Kudong dengan mengundi PAS.