BIG DOG
Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping
mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi
kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan
teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak
lagi relevan.