GELOMBANG RAKYAT
MESYUARAT Khas Pakatan berkenaan Dasar Hukum Hudud dilihat panas kerana
ianya melibatkan beberapa tycho2 PAS terutamanya dari kalangan Pemuda
yang diwakili Ketua Dewan Pemudanya iaitu Nasrudin Hassan. Dikatakan
Nasrudin bertegang leher seketika membicarakan soal Hukum Hudud dan
bertekak dengan Anwar yang mendesak Nasruddin berhenti dari berbicara
soal ini dengan nada keras. Apa yang mengecewakan, Hadi Awang langsung
tidak berperanan dalam soal ini dan diam membisu tidak berbicara. Hanya
mengangguk dan bersetuju.