AIDC Sumber : Utusan
KUALA LUMPUR 11 Ogos – ‘Impian’ untuk mendengar keterangan bela diri
Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya,
pada Isnin ini mungkin tidak menjadi kenyataan.
Ini
kerana, peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh sudah mula
membayangkan penangguhan ketika ditemui oleh pihak media selepas
selesai sesi temu bual dua orang saksi di kompleks mahkamah di sini hari
ini.
Peguam itu menyatakan, sekiranya barisan
pembelaan tidak dapat menemu bual kesemua saksi yang disenaraikan dalam
dua permohonan mereka, kes itu perlu dianjakkan ke satu tarikh sehingga
mereka berjaya berbuat demikian.