PANEH MIANG
Hari ini timbul polemik dikalangan generasi muda cerdik pandai yang
menyokong Barisan Nasional. Kalangan generasi muda hari ini sedar bahawa
pakatan pembangkang masih belum layak untuk memerintah negara. Mereka
masih ingin terus menyokong BN, cuma dilemanya, mereka enggan menyokong
Najib.
Polisi Najib yang tidak jelas dalam mempertahankan hak dan ekonomi
Melayu, serta kegagalan Najib dalam menangani isu antara kaum hingga
kelihatan seolah Melayu dan Islam dipermainkan sewenang-wenangnya oleh
kaum chauvinist akhir-akhir ini, telah menyebabkan Melayu mula rasa mual
dengan Najib.