HOUSE PK
Pasal, dewan tu kononnya tak dapat kebenaran dan menyalahi permit MBPJ!
Korang tengok muka budak-budak kat atas tu baik-baik... korang tahu apa
kesnya? Kalau korang nak tahu, itulah kes di mana MBPJ merobohkan dewan
orang ramai dan kelas mengaji al Quran di Kota Damansara tidak lama
selepas Pakatan Rakyat jadi kerajaan negeri Selangor.
Inilah premis yang digunakan oleh Gereja Methodist Damansara Utama.
Gereja ini juga telah menyalahi permit MBPJ tetapi tiada sebarang
tindakan yang dilakukan oleh MBPJ. Bukan itu sahaja, MBPJ juga mengancam
untuk menyaman PAPAGOMO yang telah membuatkan punggung AHLI-AHLI MAJLIS
MBPJ bernanah dengan pendedahan laporan kronologi penyitaan yang
dibatalkan dan kemudian dikatakan sebagai 'SURAT PALSU'.