THE UNSPINNERS Sumber : Tenggara Is South
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa menuntut kerajaan
menyelesaikan isu tiga perkara yang tertunggak iaitu, isu perhimpunan
BERSIH, isu video seks Nuar Ibrahim dan isu penglibatan DAP dalam
Kristianisasi.
Sikap berdiam diri kerajaan terhadap tiga perkara tersebut sangat tidak
dapat diterima, terutama isu perhimpunan BERSIH yang mana menurutnya
demi mempertahankan keluhuran undang-undang. Perkasa sanggup untuk tidak
turut serta dalam perarakan tersebut tetapi sehingga ke hari ini mereka
yang menentang dan mencabar undang-undang negara itu masih lagi tidak
didakwa.