1 MALAYSIA
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdepan dengan macam-macam tomahan
sejak insiden malam 3 Ogos ekoran pemeriksaan keatas satu majlis di
Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dimana disyaki
ada kegiatan memurtadkan orang islam.
"Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di
luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan,
kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata.
Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam” - Marzuki Hussin, Pengarah JAIS.