Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan
berhubung pembabitan beliau dalam perbincangan untuk mempelawa Tengku
Razaleigh Hamzah menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
MPP ONLINE
PAS SUDAH MULA TIKAM BELAKANG SEMPERNA RAMADHAN..!! - KL BOYZ CHANNEL
Anwar
Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali,
bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku
Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih
kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.
Bekas
Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil
kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang
dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk
pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan
dalam pembangkang.