Link Exchange

Sekiranya anda menyenaraikan blog ...LISTED!!! dan/atau VOICES AROUND di blog anda, tetapi blog anda tidak tersenarai di dalam "Honour List" di bawah ini, mohon tinggalkan mesej di VOICES AROUND


Terima kasih!!


Friday, August 12, 2011

Menteri Najib Memang Pro Bersih - Negara lain mana ada 1Malaysia ! ! ?


ANAK SEBERANG


Orang tua-tua kata, beringat sebelum kena! 
DINTURTLE

Ni bukan menyindir.

Kenapa bermula diTottenham, antara bandar yang paling ramai penduduk miskin di Lon-don? Apa yang mereka tak puashati?

Apakah dinegara kita perkara sebegitu TIDAK mungkin berlaku ? Dalam masa terdekat ? Mungkin tidak ....... Dimasa depan? Bila jurang ekonomi antara kaum semakin dalam dan jauh, bila kaum majoriti yang merupakan pribumi semakin tertekan tatkala mereka mulai sedar mereka telah hilang hak untuk mengakui tanah ini tanah milik nama seperti yang tertera pada nama negara suatu ketika dulu .....

Bila mereka sedar cakap-cakap manis pemimpin bangsa cuma ......cakap-cakap manis semata-mata, tidak dapat diaplikasikan didunia nyata? Dimana HAK? Dimana ISTIMEWAnya? Dimana MARUAH?

Tika itu apakah penting siapa yang bersalah ? Perlukah lagi menuding jari mencari siapa yang bertanggungjawab? Guna apanya lagi ...... Segalanya telah hilang. Samada kita pasrah dengan keadaan, akur dengan status baru yang dimiliki atau bangkit menuntut semula hak yang terlepas .... wallahualam.

Tapi TIDAAAAAK, tidak mungkin berlaku dinegara 1Malaysia! Kerana rakyat kita bersatu padu. Walaupun generasi masa depan kita dibesarkan dalam keadaan terpisah antara kaum, tidak berinteraksi bersama-sama, tidak wujud persefahaman sebenar antara mereka, tidak mampu bertutur antara satu sama lain dengan efektif ..... kita tetap bersatu !

Walaupun kita sekarang hanya menumpukan kepada apa yang terbaik dari segi materialistik, terbaik dalam pencapaian akademik dan kerjaya, kepetahan bertutur dalam bahasa cina .... kita tetap bersatu !

Jadi Hishamuddin tak perlu risau, negara tidak mungkin menyaksikan rusuhan perkauman seperti negara lain. Sebab negara kita lain dari yang lain. Negara kita unik. Negara kita ada 1Malaysia ! Negara lain mana ada 1Malaysia!!?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...LISTED !!!

Demi Negara - Recent Comments

D' L I S T E D ! ! !

This List

The Other List

In List